Fungsi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Fungsi AELB seperti yang termaktub di bawah Akta 304 adalah seperti berikut:

  • Menguatkuasakan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984;
  • Memberi nasihat kepada Menteri dan Kerajaan Malaysia atas perkara-perkara berhubungan dengan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan perkembangan berkaitan terutamanya mengenai implikasi perkembangan tersebut bagi Malaysia;
  • Mengawal dan mengawasi aktiviti penggunaan tenaga atom dan perkara yang berkaitan dengannya;
  • Menubuh, menyenggara, dan membangunkan kerjasama saintifik dan teknikal dengan mana-man badan, institusi, atau organisasi lain berhubungan dengan perkara nuklear atau tenaga atom sebagaimana difikirkan sesuai oleh Lembaga bagi maksud yang terkandung dalam Akta Perlesenan tenaga Atom 1984;
  • Melaksana seperti yang diarahkan oleh Kerajaan Malaysia, bagi memenuhi obligasi yang timbul daripada perjajnjian, konvensyen atau triti berhubungan dengan nuklear atau tenaga atom yang mana Malaysia menjadi satu pihak jika perjanjian, konvensyen, atau triti itu ada hubungan dengan maksud-maksud yang terkandung dalam Akta Perlesenan tenaga Atom 1984;
  • Mengerjakan perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi-fungsi Lembaga AELB dibawah Akta Perlesenan tenaga Atom 1984 yang tidak berlawanan dengan maksud-maksud akta itu, sama ada diarahkan atau tidak oleh Menteri.
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.